
LENGKAPKAN PROFIL ANDA
Tambahkan maklumat seperti ketersediaan anda setiap minggu, pengalaman mengasuh, dan kadar bayaran pengasuhan per jam. Jangan lupa untuk memuat naik gambar profesional. Berdasarkan penapis dan keutamaan anda, kerja pengasuhan yang sesuai di kawasan anda akan dipaparkan.
SEMAK KEPERLUAN KELUARGA
Apabila anda menemui tawaran kerja dari keluarga berdekatan yang menarik minat anda, semak profil mereka untuk memahami keperluan dan jangkaan mereka. Baca tentang anak-anak dan kriteria pengasuh yang mereka cari untuk memastikan anda adalah calon yang sesuai.


KENALI IBU, BAPA, DAN ANAK-ANAK
Perkenalkan diri anda kepada ibu bapa yang anda gemari. Anda boleh berkomunikasi melalui mesej atau jadualkan panggilan telefon atau video dengan mereka. Jika segalanya kelihatan positif, tanyakan tentang kesempatan untuk bertemu mereka dan anak-anak mereka secara langsung dalam temuduga. Dari situ, anda boleh membuat keputusan jika anda berpadanan dengan keperluan mereka.
KESELAMATAN
JAWAPAN KEPADA SOALAN ANDA
Namun, jika anda menemui kerja pengasuhan yang ideal dan ingin segera berhubung dengan keluarga, anda perlu langganan Premium untuk memulakan perbualan dan mengakses ciri-ciri eksklusif:
Keahlian Premium 1 bulan: RM 39
Keahlian Premium 3 bulan: RM 69 (RM 23 sebulan)
Harap maklum bahawa langganan Premium anda akan diperbaharui secara automatik mengikut tempoh yang sama dengan pendaftaran awal anda. Ingat, anda boleh batalkan langganan pada bila-bila masa dan kekal menikmati akses ke ciri eksklusif Premium Sitly hingga tamat tempoh bil semasa.
Ingat, meminta bayaran tambahan untuk tugas-tugas ekstra seperti menjemput anak atau melakukan kerja rumah adalah perkara biasa – namun, penting untuk menetapkan jangkaan yang jelas dari awal. Kemudian, usahakan untuk mencapai persetujuan mengenai kadar mengikut jam yang adil bagi semua pihak.
Mulakan kerjaya pengasuhan anda dengan menawarkan diri menjaga adik, sepupu, atau anak saudara dalam keluarga, atau mungkin jiran yang memerlukan bantuan penjagaan anak. Dengan ini, anda dapat mengumpul pengalaman secara praktikal dan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kerja sebagai pengasuh!
Ingat, peluang anda untuk diupah meningkat 5 kali ganda dengan adanya gambar profil profesional. Jadi, pastikan anda memuat naik gambar atau potret terkini yang formal dan mengikuti panduan foto kami: latar yang neutral, tiada tapisan, dan kelihatan menarik dan kemas.
Muat turun aplikasi Sitly untuk membolehkan anda segera membalas mesej dari keluarga yang berminat. Jika anda tidak mahu menunggu ibu bapa menghubungi anda, langgani keahlian Premium supaya anda boleh mulakan komunikasi sebaik sahaja pekerjaan baru diumumkan.
Rujuk Panduan 10 Langkah untuk Pengasuh kami untuk mendapat idea soalan temu duga yang kerap ditanya, membantu anda merancang jawapan dengan yakin. Pada hari temu duga, pastikan anda menepati masa, bersikap sopan dan profesional supaya keluarga dapat melihat betapa seriusnya anda untuk menjadi seorang pengasuh.
DAPATKAN KERJA PENGASUH TERBAIK DI KEJIRANAN ANDA
Sama ada anda mencari kerja pengasuhan sepenuh masa, selepas sekolah, atau sekadar kerja sambilan pada hujung minggu – Sitly memudahkan anda untuk berhubung dengan keluarga di sekitar untuk mencari peluang pengasuhan terbaik.
TETAPKAN PILIHAN PENCARIAN KERJA ANDA
Setelah anda mendaftar akaun, anda akan segera memperoleh akses ke senarai keluarga yang memerlukan pengasuh. Aplikasi kami menawarkan tapisan khusus untuk membantu anda memilih jadual kerja, bilangan anak, dan banyak lagi – membolehkan anda mencari keluarga yang ideal dengan cepat dan efisien.