Skip to content

SOALAN LAZIM

Umum

Sitly merupakan platform dalam talian yang menghubungkan keluarga di kawasan anda dengan penyedia jagaan kanak-kanak setempat. Anda boleh mengurus pencarian pengasuh dengan alat web yang boleh disesuaikan, yang menunjukkan calon yang sesuai di kawasan anda. Kemudian, berhubung dengan calon pilihan anda mengikut kehendak sendiri, melaksanakan temuduga, dan memutuskan siapa pengasuh atau keluarga yang paling sesuai untuk anda.

Kami tidak melakukan pemeriksaan latar belakang atau menyaring ahli baru memandangkan kami bukan ejen pekerjaan atau pengasuhan. Sebaliknya, lihatlah Sitly sebagai titik pertemuan kejiranan di mana ibu bapa dan penyedia jagaan kanak-kanak yang bebas – seperti pengasuh – boleh mencari dan berhubung antara satu sama lain. Sebagai komuniti yang inklusif, akses adil Sitly memastikan bahawa mencari orang yang sesuai untuk menjadi pengasuh – atau kerja pengasuhan yang sesuai untuk seseorang itu – kekal pantas dan fleksibel untuk semua orang.

Ini bermakna saringan adalah tanggungjawab ahli kami sendiri. Ibu bapa dan pengasuh boleh memeriksa satu sama lain berdasarkan keutamaan dan pilihan mereka sendiri. Selain bertindak secara berhati-hati ketika berkongsi butiran peribadi, kami mencadangkan anda menyemak dengan teliti rujukan yang disediakan dan merancang temu duga rasmi sebelum membuat sebarang keputusan muktamad. Apabila anda telah menemui padanan yang sempurna, anda akan berpuas hati kerana anda telah meluangkan masa untuk memastikan semuanya teratur.

Sama ada anda dalam talian atau di dunia nyata, keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, jika anda menerima sebarang mesej yang tidak wajar atau perlakuan buruk, sila laporkan kepada kami agar kami dapat mengambil tindakan. Ingat, semua laporan adalah sulit dan disiasat dengan teliti oleh kakitangan Sitly. Kami juga secara rutin menjalankan pemeriksaan manual dan memantau pemberitahuan sistem yang mengesan aktiviti luar biasa berlaku pada platform kami yang selamat.

Ya, Sitly mempunyai aplikasi percuma yang boleh anda muat turun untuk mendaftar, membina profil dan mencari pengguna lain di kawasan anda. Kami akan memaparkan keluarga-keluarga setempat atau pengasuh berhampiran berdasarkan profil yang anda berikan.

Anda boleh membalas mesej yang anda terima daripada ahli Sitly lain, atau menggunakan akaun Premium untuk segera menghubungi calon yang menarik minat anda. Aplikasi ini membolehkan anda berkomunikasi 24/7 supaya anda boleh meminta rujukan dan merancang temuduga walaupun anda tiada di rumah!

Dengan aplikasi Sitly, anda juga boleh mengaktifkan notifikasi langsung untuk memastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dan berhubung dengan kenalan pengasuh anda. Muat turun aplikasi Sitly di Google Play Store atau Apple Store hari ini untuk bermula.

Google Play Store
Apple Store

Ya, anda boleh memadamkan akaun Sitly anda pada bila-bila masa dengan mengakses profil dan memilih “Tetapan Akaun” untuk membatalkan keahlian anda. Atau, anda juga boleh menyahaktifkan dengan menetapkan akaun anda sebagai sembunyi jika anda tidak aktif mencari padanan dan ingin menyembunyikan profil anda sehingga sehingga log masuk seterusnya.

Ya, anda boleh membatalkan keahlian Premium anda pada bila-bila masa yang anda mahu. Tiada yuran pembatalan dan anda tidak akan kehilangan akses ke profil Sitly anda jika anda memilih untuk membatalkan langganan. Dengan akaun Asas, anda masih mempunyai akses ke banyak ciri interaktif kami, termasuk profil boleh diperibadikan, alat carian tersuai dan membalas mesej yang diterima secara percuma.

Untuk membatalkan langganan Premium Sitly anda, pergi ke “Tetapan Akaun” di profil anda, dan klik pautan “Batalkan langganan”. Sekiranya langganan anda dibuat melalui Google Play atau Apple Store, anda harus berhenti langganan di platform yang sama di mana pembelian asal dibuat untuk mengelakkan caj selanjutnya. Harap maklum, kami tidak dapat membatalkan langganan dari Google Play atau Apple Store bagi pihak anda.

Ingat, langganan Premium anda diperbaharui secara automatik apabila kitaran pembayaran anda diperbaharui. Contohnya, ini bermakna apabila anda telah membuat langganan selama 1 bulan, keahlian Premium anda diperbaharui secara automatik 30 hari selepas pembayaran. Namun, jika anda telah memilih langganan 3 bulan, ia akan diperbaharui secara automatik selepas 90 hari.

Apabila anda membatalkan langganan berbayar anda, anda masih akan mengekalkan akses ke ciri Premium Sitly sehingga habis tempoh pengebilan semasa.

Untuk ibu bapa

Sebelum anda mula mencari, ambil masa untuk mengenal pasti apa yang anda perlukan. Adakah anda memerlukan bantuan sepenuh masa? Atau penjagaan sambilan? Atau hanya bantuan kecemasan? Senaraikan ciri-ciri yang anda perlukan dan yang dikehendaki untuk membolehkan anda memilih penapis yang sesuai pada alat web kami

Kami akan menyediakan senarai pengasuh yang tersedia berdekatan anda. Anda boleh menyaring dan menilai calon yang berpotensi dengan meminta rujukan dan mengatur temu duga rasmi. Sekiranya anda berjaya menemukan seorang pengasuh yang sesuai dengan keperluan anda, langgan ke akaun Premium Sitly untuk menghubungi mereka dengan segera. Atau, anda boleh memilih untuk menunggu pengasuh yang berminat untuk menghubungi anda.

Tiada kadar bayaran jam tetap untuk perkhidmatan jagaan anak. Sebaliknya, kadar setiap pengasuh ditentukan oleh beberapa faktor – termasuk umur dan tahap pengalaman mereka, bilangan anak yang perlu dijaga dan jarak perjalanan ke tempat kerja.

Untuk menentukan kadar bayaran yang sesuai, anda harus mempertimbangkan gaji minimum di kawasan anda terlebih dahulu. Kemudian, pertimbangkan untuk memberikan kadar yang lebih tinggi jika anda meminta bantuan tambahan seperti bimbingan belajar atau melakukan kerja-kerja rumah – atau jika anda tahu anak anda memerlukan jagaan yang lebih daripada pengasuh!

Langkah pertama – hantarkan mesej kepada calon pengasuh bertanya tentang pengalaman penjagaan anak mereka sebelum ini dan minta rujukan dari keluarga yang pernah menggunakan khidmat mereka. Kemudian, anda boleh menghubungi ibu bapa lain untuk mengetahui pendapat mereka mengenai pengasuh tersebut.

Seterusnya, sediakan senarai soalan yang akan membantu anda menilai kesesuaian pengasuh dengan keperluan keluarga anda. Semak Panduan 10 Langkah Untuk Ibu Bapa kami untuk mendapatkan contoh soalan yang patut ditanya semasa temu duga pengasuh. Akhirnya, apabila anda bersedia, aturkan masa yang sesuai untuk bertemu secara bersemuka.

Pendaftaran keahlian adalah sentiasa percuma dan tanpa sebarang komitmen. Anda boleh menggunakan akaun Asas percuma anda untuk melihat profil semua penyedia penjagaan kanak-kanak berdaftar di kawasan anda dan membalas mesej dari pengasuh secara percuma untuk lebih mengenali pengasuh yang berhubung dengan anda.

Namun, jika anda ingin memulakan perbualan, anda memerlukan langganan Premium:

1 bulan: RM 59
3 bulan: RM 117 (RM 39/ bulan)

Harap maklum, keahlian Premium anda akan diperbaharui secara automatik untuk tempoh yang sama seperti pendaftaran asal anda. Ingat, anda boleh membatalkan keahlian pada bila-bila masa dan masih mengekalkan akses kepada ciri eksklusif Premium Sitly sehingga tamat tempoh bil semasa anda.

Berbagai ciri tersedia melalui akaun Asas Sitly. Anda boleh menyesuaikan profil anda, menapis hasil carian berdasarkan keutamaan, menyemak imbas profil pengasuh di sekitar anda – serta menanda profil kegemaran anda. Selain itu, anda boleh membalas mesej dari pengasuh yang berminat bekerja dengan anda secara percuma!

Sitly memudahkan anda untuk meluaskan pencarian pengasuh dengan menyediakan penyelesaian penjagaan kanak-kanak peribadi di kejiranan anda. Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, memilih penyelesaian yang tepat untuk keperluan keluarga anda memerlukan penimbangan kebaikan dan keburukan dengan teliti.

Perlu diingat bahawa pengasuh sepenuh masa biasanya bekerja mengikut jadual tetap dan menyediakan bantuan yang boleh diharapkan untuk tugas-tugas yang lebih mencabar – sedangkan pengasuh sambilan dijadualkan bila diperlukan dan mengutamakan menjaga dan menghiburkan anak-anak dengan selamat. Pusat penjagaan kanak-kanak mungkin menawarkan gabungan kedua-duanya, tetapi faktor-faktor lain seperti lokasi, kefleksibelan, dan kos perlu dipertimbangkan secara serius.

Untuk pengasuh

Akaun asas di Sitly terdiri daripada beberapa ciri percuma. Anda boleh menyesuaikan profil anda, menapis hasil carian mengikut ketersediaan dan pilihan lain, lihat peluang kerja yang tersedia di sekitar – dan juga menanda profil keluarga kegemaran anda. Anda juga boleh membalas mesej secara percuma daripada ibu bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan anda.

Pendaftaran akaun adalah percuma, tanpa komitmen. Anda boleh menggunakan profil Asas secara percuma untuk melihat semua keluarga yang berdaftar di kawasan anda, serta balas mesej secara percuma untuk lebih mengenali keluarga yang menghubungi anda.

Namun, jika anda menemui kerja pengasuhan yang ideal dan ingin segera berhubung dengan keluarga, anda perlu langganan Premium untuk memulakan perbualan dan mengakses ciri-ciri eksklusif:

Keahlian Premium 1 bulan: RM 39
Keahlian Premium 3 bulan: RM 69 (RM 23 sebulan)

Harap maklum bahawa langganan Premium anda akan diperbaharui secara automatik mengikut tempoh yang sama dengan pendaftaran awal anda. Ingat, anda boleh batalkan langganan pada bila-bila masa dan kekal menikmati akses ke ciri eksklusif Premium Sitly hingga tamat tempoh bil semasa.

Di Malaysia, pengasuh dikehendaki berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Bagi yang berusia 17 tahun atau kurang, disarankan untuk menambah pengalaman mengasuh dengan membantu ahli keluarga—seperti menjaga adik, sepupu, atau anak-anak jiran yang anda percayai.

Dengan cara itu, anda akan mendapat rujukan dan rekomendasi untuk dikongsikan dengan keluarga baharu apabila anda berumur 18 tahun dan memulakan kerjaya pengasuh anda dengan Sitly.

Tidak, anda tidak perlu memberikan bukti pengalaman kerja anda kepada Sitly atau sesiapa saja di platform kami. Hanya perlu kemaskini profil anda dengan menambah maklumat penting yang ingin dikongsi dengan ibu bapa. Kami cadangkan anda menghitung jumlah tahun pengalaman pengasuhan atau penjagaan anak yang anda ada, serta menyediakan informasi untuk rujukan yang mungkin ingin anda hantar pada masa akan datang.

Kunci untuk mencari kerja pengasuhan dalam talian dengan pantas, anda perlu berikan tanggapan pertama yang mengagumkan melalui profil yang lengkap dan menarik. Pastikan profil anda merangkumi maklumat tentang diri anda, apa yang anda cari, kenapa anda berminat menjadi pengasuh, dan ketersediaan anda.

Ingat, peluang anda untuk diupah meningkat 5 kali ganda dengan adanya gambar profil profesional. Jadi, pastikan anda memuat naik gambar atau potret terkini yang formal dan mengikuti panduan foto kami: latar yang neutral, tiada tapisan, dan kelihatan menarik dan kemas.

Muat turun aplikasi Sitly untuk membolehkan anda segera membalas mesej dari keluarga yang berminat. Jika anda tidak mahu menunggu ibu bapa menghubungi anda, langgani keahlian Premium supaya anda boleh mulakan komunikasi sebaik sahaja pekerjaan baru diumumkan.

Temu duga pengasuhan adalah peluang anda untuk menunjukkan kebolehan. Walaupun mungkin terasa gelisah, persiapan yang baik pasti dapat membantu anda. Kebanyakan ibu bapa akan ingin mengetahui tentang pengalaman dan pendekatan anda dalam pengasuhan.

Rujuk Panduan 10 Langkah untuk Pengasuh kami untuk mendapat idea soalan temu duga yang kerap ditanya, membantu anda merancang jawapan dengan yakin. Pada hari temu duga, pastikan anda menepati masa, bersikap sopan dan profesional supaya keluarga dapat melihat betapa seriusnya anda untuk menjadi seorang pengasuh.

Ibu bapa biasanya lebih mempercayai pengasuh yang telah berpengalaman bekerja dengan kanak-kanak kerana ini memberikan mereka keyakinan bahawa anak-anak mereka akan dijaga dengan baik. Jadi, jika anda belum mempunyai pengalaman dalam penjagaan kanak-kanak, anda mungkin perlu melakukan sedikit persiapan sebelum anda dapat memperoleh kerja pengasuhan secara rasmi.

Mulakan kerjaya pengasuhan anda dengan menawarkan diri menjaga adik, sepupu, atau anak saudara dalam keluarga, atau mungkin jiran yang memerlukan bantuan penjagaan anak. Dengan ini, anda dapat mengumpul pengalaman secara praktikal dan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kerja sebagai pengasuh!

Pendapatan anda sebagai pengasuh berbeza mengikut umur, pengalaman, bilangan anak yang dijaga, dan jarak tempat tinggal. Untuk bermula, kami mengesyor menetap kadar asas anda pada tahap gaji minimum.

Ingat, meminta bayaran tambahan untuk tugas-tugas ekstra seperti menjemput anak atau melakukan kerja rumah adalah perkara biasa – namun, penting untuk menetapkan jangkaan yang jelas dari awal. Kemudian, usahakan untuk mencapai persetujuan mengenai kadar mengikut jam yang adil bagi semua pihak.

Privasi

Kami membina platform ini untuk memberi anda kawalan penuh dalam pencarian pengasuh, termasuk kebebasan dalam memilih maklumat yang anda ingin kongsi di web dan secara fizikal. Namun, Sitly memerlukan maklumat peribadi tertentu seperti emel dan alamat kediaman untuk menghubungkan anda dengan ahli lain di kawasan anda.

Walau bagaimanapun, kami tidak akan menerbitkan butiran ini atau menyiarkan kepada ahli Sitly lain atau pihak ketiga. Selain itu, segala data yang anda hantar di laman web kami dilindungi semasa penghantaran melalui penyulitan SSL, seperti yang terpapar pada ikon kunci pada bar URL pelayar anda. Ini memastikan privasi anda dalam talian dijaga, manakala langkah keselamatan lanjutan melindungi data yang disimpan di pelayan kami.

Pengasuh:
Bagi pengasuh, hanya nama, umur dan foto profil yang akan dipaparkan kepada semua. Lokasi umum anda juga akan ditunjukkan kepada keluarga yang mencari pengasuh – tetapi alamat lengkap anda akan dirahsiakan dari ahli Sitly lain.

Ibu bapa:
Bagi ibu bapa, hanya bilangan anak dan umur mereka dipaparkan bersama nama dan foto profil anda sendiri. Anggaran lokasi anda akan ditunjukkan kepada pengasuh yang berdekatan – tetapi alamat lengkap anda akan dirahsiakan dari ahli Sitly ain.

Sitly menggunakan alamat kediaman anda untuk memadankan anda dengan ahli-ahli berdekatan. Ikon yang mewakili lokasi umum ahli membolehkan ibu bapa dan pengasuh melihat siapa yang ada di sekitar kawasan kejiranan. Namun, kami menjamin bahawa nama jalan dan nombor rumah anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana ahli atau pihak ketiga.