Sekitar kejiranan ini, terdapat pelbagai pilihan penjagaan kanak-kanak yang bersedia untuk berhubung dengan keluarga setempat. Melalui Sitly, ibu bapa dapat menemukan pengasuh di kawasan yang sama – memudahkan mereka untuk memilih yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Jom bermula dengan panduan mencari pengasuh ideal untuk ibu bapa dari kami.
MENGIMPIKAN PENGASUH IDAMAN ANDA
Bila anda mengenali ciri-ciri pengasuh yang diinginkan, pencarian akan menjadi lebih mudah. Tentukan keperluan dan kriteria penting yang mesti ada pada pengasuh idaman anda, dan pertimbangkan juga aspek mana yang anda boleh bertolak ansur. Tanya diri anda:
- Apakah jenis personaliti yang paling sesuai dengan keluarga saya?
- Berapakah pengalaman dalam penjagaan kanak-kanak dan kehidupan yang diperlukan?
- Sejauh mana pengasuh saya harus tinggal dari rumah saya?
- Berapa kali saya memerlukan khidmat pengasuh untuk anak-anak saya?
TERBITKAN PROFIL ANDA
Memperibadikan profil Sitly anda untuk membantu kami menemukan pengasuh yang terbaik berhampiran anda, serta membolehkan pengasuh memahami keperluan anda lebih mendalam. Isi halaman anda dengan maklumat diri dan muat naik gambar yang menarik. Pertimbangkan untuk memberi butiran tentang:
- Dinamik, gaya hidup dan adat resam keluarga anda
- Keperluan dan pilihan penjadualan anda,
cth. selepas sekolah, dating, hujung minggu, dll. - Keinginan anda untuk dapatkan bantuan dengan tugas tambahan,
cth. kerja rumah, aktiviti kurikulum, penyediaan makan dll.
CARI DAN PILIH PENGASUH
Berdasarkan profil peribadi anda, kami akan memberikan senarai tersuai dari pengasuh sepenuh masa hingga pengasuh sambilan yang menawarkan perkhidmatan jagaan anak di kawasan kejiranan anda. Apabila anda mendaftar dengan Sitly, anda boleh terus menyemak semua penyedia jagaan kanak-kanak yang berdaftar di kawasan anda. Menggunakan tapisan seperti ‘umur’ dan ‘kadar sejam’ akan lebih menumpukan hasil pencarian, memudahkan pencarian pengasuh yang ideal untuk keluarga anda.

HUBUNGI CALON YANG SESUAI
Anda boleh membuka profil bakal pengasuh untuk melihat sama ada anda berminat untuk berhubung. Lihat maklumat, gambar dan ulasan daripada ibu bapa lain – dan hantar mesej pengenalan jika anda rasa pengasuh tersebut adalah padanan yang baik. Perkenalkan keluarga anda, apa yang anda harapkan dari pengasuh, dan mengapa anda berpendapat mereka adalah pilihan yang tepat untuk keluarga anda. Anda juga mungkin ingin bertanya:
- Adakah anda berminat untuk mengasuh untuk kami?
- Bolehkah anda hadir pada waktu kami memerlukan pengasuh?
- Adakah anda mempunyai sebarang rujukan dari majikan sebelum ini?
- Apakah kadar sejam anda untuk pengasuhan?
Dengan satu klik, anda juga boleh menjemput pengasuh setempat untuk berhubung terus mengenai peluang bekerja bersama keluarga anda. Pengasuh terpilih akan dihantar sebuah mesej rasmi yang mengajak mereka untuk memohon jawatan tersebut.
SAHKAN PERWATAKAN CALON
Keluarga yang pernah bekerja dengan pengasuh sebelum ini boleh mengesahkan bahawa mereka adalah seperti yang dipaparkan. Hubungi rujukan yang disediakan oleh pengasuh dan pertimbangkan untuk menyemak profil media sosial calon. Instagram dan Facebook boleh memberikan gambaran yang lebih baik mengenai kehidupan peribadi pengasuh, mempersiapkan anda untuk sesi temu duga.

BERTEMU DENGAN PENGASUH
Apabila anda sudah puas hati dengan segala yang anda lihat dan dengar, tibalah masanya untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan pengasuh. Anda boleh menjemput mereka ke rumah anda untuk berbual sambil minum kopi, atau pergi ke taman permainan supaya mereka dapat menyaksikan perwatakan anak-anak anda. Ini adalah kesempatan baik untuk menilai bagaimana anda berdua berinteraksi, dan lebih mengenali pengasuh. Anda boleh menyediakan beberapa soalan terlebih dahulu, seperti:
- Apakah jenis pengalaman mengasuh yang anda ada?
- Apakah aspek kegemaran anda dalam penjagaan kanak-kanak?
- Umur kanak-kanak yang manakah anda paling berpengalaman?
- Apakah yang paling disukai oleh kanak-kanak semasa meluangkan masa bersama anda?
- Bagaimana anda menghiburkan atau mendisiplinkan anak-anak yang anda jaga?
- Aktiviti apa yang anda gemar lakukan bersama kanak-kanak semasa mengasuh?
- Bolehkah anda menghantar kanak-kanak ke aktiviti selepas sekolah?
- Apakah ketersediaan anda sepanjang minggu dan pada hujung minggu?
- Kerja-kerja rumah manakah yang boleh anda tangani?
MERANCANG SESI SUAI KENAL
Berasa selesa dengan pengasuh anda adalah hebat, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana pengasuh tersebut berhubung dengan anak-anak. Perkenalkan pengasuh baru kepada anak-anak anda dan perhatikan bagaimana mereka berinteraksi, pastikan mereka selesa bersama. Mungkin mudah untuk merancang pertemuan ini sambil mengadakan temu duga, tetapi tidak mengapa untuk membuat temu janji berasingan jika anda lebih suka menguruskan perkara satu demi satu.
BERIKAN TEMPOH PERCUBAAN
Izinkan masa bagi anak-anak untuk beradaptasi dengan situasi sebelum anda mengambil sebarang keputusan muktamad. Jemput pengasuh baru datang beberapa kali sehingga semua orang selesa dengan susunan baru. Atau, secara beransur tambah masa ketiadaan anda di rumah untuk menilai perkembangan situasi. Sekiranya semuanya berpuas hati, ambil langkah untuk merasmikan perjanjian tersebut.
PERBINCANGAN SYARAT PERJANJIAN
Menetapkan terma dalam kontrak pengasuhan memastikan pemahaman dan persetujuan bersama. Sebelum anda memulakan, adakan perbincangan mengenai butir-butir ini dengan pengasuh, kemudian catatkan dalam dokumen ringkas dan jelas yang dapat digunakan sebagai rujukan kedua-dua pihak di masa mendatang. Pastikan anda memasukkan jangkaan dan batasan yang paling penting, seperti:
- Kadar sejam, kadar lebih masa, dan kadar cuti umum
- Waktu kerja yang ditetapkan
- Tugas tambahan yang dipersetujui
- Peringatan dan peraturan tentang anak-anak anda,
cth. rutin harian, ubat-ubatan, alahan, dll.

SENTIASA BERKOMUNIKASI
Berkomunikasi secara kerap adalah penting untuk memelihara hubungan yang baik dan efektif dengan pengasuh, dan ini boleh membantu kedua-dua pihak untuk sentiasa maklum tentang perkembangan anak-anak. Luangkan masa untuk perbualan berkala, lebih baik lagi jika dilakukan semasa anak-anak sibuk dengan aktiviti lain – supaya anda dan pengasuh dapat berkongsi pemerhatian, kebimbangan, dan cadangan yang akan menjamin kepentingan anak-anak anda selalu diutamakan.