Sitly menyediakan platform untuk ibu bapa dan pengasuh dari kawasan yang sama untuk berhubung. Sama ada anda seorang pengasuh sambilan, pengasuh sepenuh masa – anda boleh mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan pilihan anda. Ketahui lebih lanjut melalui panduan berikut.
Kenali Keperluan Anda
Memahami keinginan anda boleh memudahkan pencarian anda. Tentukan apa yang anda cari dalam kerja pengasuhan seterusnya dengan mempertimbangkan faktor-faktor penting bagi anda serta di mana anda mungkin bersedia untuk berkompromi. Pertimbangkan:
- Apakah ciri keluarga yang ideal sebagai klien pengasuhan?
- Berapa ramai kanak-kanak yang boleh saya asuh pada masa yang sama?
- Berapa umur kanak-kanak yang saya ingin jaga?
- Jenis aktiviti dan kerja rumah apakah yang saya sanggup lakukan?
MEMBINA PROFIL ANDA
Profil Sitly anda adalah cerminan kemahiran anda sebagai pengasuh. Isikan profil anda dengan pengalaman dan jenis perkhidmatan pengasuhan yang anda tawarkan. Muat naik gambar profesional dan sertakan semua maklumat relevan yang ingin diketahui oleh keluarga. Pertimbangkan untuk menambah:
- Latar belakang dan pengalaman anda dalam pengasuhan
- Reputasi dan gaya pengasuhan anda
- Aktiviti kegemaran bersama kanak-kanak
- Kemahiran tambahan, cth. mengajar, membersih
- Keterujaan anda untuk bertemu pelanggan baharu
CARI KERJA MENGGUNAKAN TETAPAN
Sitly memaparkan keluarga tempatan yang sesuai dengan profil dan pilihan pengasuhan anda. Lihat semua keluarga di kawasan anda atau gunakan tetapan untuk menapis hasil berdasarkan faktor seperti jarak atau bilangan anak. Ini membolehkan anda mencari peluang pekerjaan dengan lebih mudah.

HUBUNGI CALON PELANGGAN
Berbual dengan ibu bapa terlebih dahulu ialah cara terbaik untuk menentukan sama ada keluarga tersebut sesuai untuk anda. Semak profil keluarga yang menarik minat anda, dan hantarkan mesej kepada bakal pelanggan dengan memperkenalkan diri anda dan memberitahu mereka tentang pengalaman pengasuhan anda, kebolehan yang berkaitan dan kelayakan yang serasi. Semasa berbual, anda mungkin ingin bertanya kepada ibu bapa:
- Pada hari dan waktu apakah mereka memerlukan pengasuh?
- Apakah ciri-ciri yang mereka cari dalam seorang pengasuh?
- Adakah tanggungjawab tambahan yang terlibat dengan pekerjaan ini?
- Bolehkah kita bersetuju tentang kadar bayaran per jam pengasuhan?
TINJAU MEDIA SOSIAL
Melihat laman media sosial ibu bapa boleh memberitahu anda maklumat tambahan tentang keluarga tersebut. Sekiranya pekerjaan tersebut memenuhi kriteria anda, minta nama keluarga mereka untuk pencarian lanjut di Instagram atau Facebook. Ini akan membantu anda memahami latar belakang mereka sebelum sesi temuduga yang lebih mendalam.

MULAKAN TEMU DUGA
MULAKAN TEMU DUGA
Temuduga formal adalah kesempatan untuk membina hubungan awal dengan keluarga berpotensi. Cadangkan sesi perbualan santai di kafe atau taman, atau melalui panggilan video yang pendek. Siapkan beberapa soalan untuk memahami keperluan dan jangkaan keluarga tersebut dan latihlah diri untuk menjawab pertanyaan tentang diri anda seperti:
- Sudah berapa tahun anda bekerja sebagai pengasuh?
- Apakah aspek kegemaran anda dalam penjagaan kanak-kanak?
- Umur kanak-kanak yang manakah anda paling berpengalaman?
- Apakah yang paling disukai oleh kanak-kanak semasa meluangkan masa bersama anda?
- Bagaimana cara anda mengendalikan kanak-kanak yang sedih atau nakal?
- Aktiviti apa yang anda gemar lakukan bersama kanak-kanak semasa mengasuh?
- Bolehkah anda menghantar kanak-kanak ke aktiviti selepas sekolah?
- Bilakah anda biasanya tersedia untuk pengasuhan?
- Kerja-kerja rumah manakah yang boleh anda tangani?
BERINTERAKSI DENGAN ANAK-ANAK
Membina hubungan baik dengan ibu bapa adalah penting, namun lebih penting lagi untuk menjalin hubungan yang baik dengan anak-anak mereka, memandangkan anda akan menghabiskan masa menjaga mereka. Luangkan masa untuk mengenali setiap anak dan izinkan hubungan berkembang secara natural; sesetengah kanak-kanak mungkin cepat mesra dan mahu menunjukkan pelbagai hal, manakala yang lain mungkin lebih pendiam pada mulanya. Anda boleh merancang untuk bertemu seluruh keluarga semasa temuduga, atau susun pertemuan yang berasingan jika itu lebih menyenangkan.
JALANI TEMPOH PERCUBAAN
Tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat komitmen jangka panjang. Pilih tempoh percubaan yang memberi ruang untuk anda dan keluarga mengenali satu sama lain. Anda mungkin ingin merancang beberapa sesi yang spesifik pada awalnya, atau secara beransur meningkatkan durasi anda menjaga anak-anak, untuk melihat bagaimana perkembangannya. Bertindak mengikut keperluan – sambil mempertimbangkan keinginan anda, keperluan keluarga, dan perangai anak-anak. Jika segalanya berjalan baik, ambil langkah untuk merasmikan perjanjian tersebut.
SEDIAKAN KONTRAK
Kontrak bertulis memainkan peranan penting dalam mengelakkan sebarang salah faham antara pengasuh dan keluarga. Bekerjasama dengan ibu bapa untuk menyusun kontrak pengasuhan yang ringkas tetapi jelas yang memperincikan terma pekerjaan. Ingat untuk merekodkan butiran penting, termasuk:
- Kadar jagaan anak mengikut jam
- Waktu kerja tetap
- Tugas tambahan yang diperlukan
- Panduan khas untuk anak-anak, cth. rutin harian, ubat-ubatan, alahan

SERING BERBINCANG DAN MENILAI
Berkomunikasi secara kerap adalah penting untuk memelihara hubungan yang baik dan efektif, sama ada dengan kanak-kanak mahupun ibu bapa mereka. Luangkan masa untuk berbincang tentang perkembangan kerja – lebih baik jika tanpa kehadiran anak-anak, supaya anda boleh berkongsi pandangan, soalan, dan nasihat dengan lebih terbuka.